Hadis Ketigapuluh :
Dari
Abi Tsa’labah Al-Khusani, Jurthum bin Nashir r.a, daripada Rasulullah
SAW, yang bersabda : ” Sesungguhnya Allah Ta’ala telah memfardhukan
beberapa kewajipan, maka janganlah kamu mengabaikannya. Dan ia telah
menetapkan beberapa hudud ( batasan ), maka janganlah kamu melampauinya.
Dia telah mengharamkan beberapa benda maka janganlah kamu melanggarnya.
Dan Dia telah mendiamkan beberapa pekara sebagai suatu rahmat terhadap
kamu, bukan kerana lupa maka janganlah kamu membahas mengenainya. “
No comments:
Post a Comment